11/11/2009

KURSUS PHOTOSHOP CS 4 - 4 - 6 NOV.2009

Buat julung kalinya Kursus Adobe Photoshop CS4 telah diadakan pada tanggal 4 hingga 6 November 2009 di Hotel Sara W.P. Labuan. Kursus yang dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pelajaran W.P Labuan tersebut telah dihadiri oleh seramai 45 orang oleh guru e-Majalah, pembantu guru e-Majalah dan guru ICT.

Penceramah yang dijemput pada kursus kali ini ialah En Azize bin Mohd Yusoph yang juga merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual. Antara tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam penghasilan imej digital sebagai pelengkap untuk menyiapkan e-Majalah sekolah. Peserta telah didedahkan dengan persekitaran perisian Adobe Photoshop CS 4 dan pelbagai teknik pengubahsuaian imej dan rekabentuk montaj.


Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pelajaran W.P Labuan, En Christopher Robert John Sintum menyampaikan cenderahati kepada En Azize Mohd Yusoph


Bergambar dengan latarbelakang peserta kursus yang sedang khusyuk


Gambar kenangan bersama Ketua Sektor dan Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat JPWPLabuan


Memberi tunjuk ajar kepada peserta kursus


Teknik Membuat Kapsyen Lut Sinar















0 comments: