11/16/2009

KURSUS MEMBINA BLOG

Pada 9 & 10 november 2009 satu kursus membina blog anjuran Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pelajaran W.P Labuan telah berlangsung di Hotel Sara. Kursus kali ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari jabatan pelajaran dan pegawai-pegawai dari pusat kokurikulum(PUSATKO). Tujuan utama kursus blog ini dianjurkan adalah untuk memberi input kepada peserta agar dapat membudayakan sistem penyampaian maklumat kepada warga pendidik dan orang ramai.

Penceramah untuk kursus membina blog ini adalah En Azizie bin Mohd Yusoph yang juga merupakan blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog.Pada kursus kali ini peserta didedahkan dengan pelbagai cara dan tips membina blog menggunakan platform blogger.com. Rata-rata peserta teruja dengan kursus pada kali ini kerana peserta telah diajar bagaimana membina blog yang menarik dengan menambah widget, menambah video, memasukkan audio, gambar dan menukar template paparan yang lebih sesuai di blog mereka.












0 comments: